• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Jawab Surat Tunjuk Sebab, Kekal Ahli PKR Sehingga PRU-16

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rafizi Jawab Surat Tunjuk Sebab, Kekal Ahli PKR Sehingga PRU-16
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertarikh 23 Februari 2026 berhubung kenyataannya mengenai hasrat bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)

 

Menurut Rafizi, surat berkenaan cuba menafsirkan kenyataannya bahawa beliau berhasrat bertanding di Pandan dalam PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR sebagai satu pengisytiharan keluar parti, sekali gus menggugurkan kedudukannya sebagai ahli Parlimen dan mengosongkan kerusi tersebut.

 

Dalam jawapan bertulisnya, beliau menegaskan bahawa temu ramah bersama Sin Chew Daily yang dirujuk dalam surat tunjuk sebab itu membawa maksud yang jelas dan boleh difahami.

 

“Saya merujuk kepada satu surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh pihak Saudari bertarikh 23 Februari 2026, dengan rujukan SUA2026/AG/STS/001,” katanya.

 

Beliau menjelaskan bahawa kenyataannya dalam temu ramah tersebut mempunyai dua maksud utama.

 

Pertama, katanya, beliau akan kekal sebagai anggota PKR dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan sehingga Parlimen dibubarkan bagi tujuan PRU16.

 

“Kedua, saya berhak mempunyai perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh ahli Parlimen di tengah-tengah penggal,” katanya lagi.

 

Sehubungan itu, Rafizi berpandangan tafsiran yang dibuat terhadap kenyataannya adalah tidak tepat dan tidak memerlukan huraian yang rumit.

 

“Oleh itu, sekiranya kenyataan-kenyataan itu difahami mengikut pemahaman bahasa Melayu yang waras, ia tidak memerlukan tafsiran-tafsiran yang merumitkan seperti yang cuba diajukan di dalam surat tunjuk sebab tersebut,” ujar beliau. – MYNEWSHUB

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Ucap Tahniah Hari Keputeraan Tunku Zahrah Zarith Aziyah

JDT Ucap Tahniah Hari Keputeraan Tunku Zahrah Zarith Aziyah

20/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat kepada anakanda Pemangku Sultan Johor,...

Gajah Dara, Amoi dan Kelat Masih Milik Zoo Taiping

Gajah Dara, Amoi dan Kelat Masih Milik Zoo Taiping

20/04/2026
0

IPOH – Tiga ekor gajah, Dara, Amoi dan Kelat yang dihantar ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun pada Mac lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd