• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Saran Rakyat Tanam Nanas Di Kawasan Rumah, Jadi Duit Belanja Dapur

oleh Mohd Arshad
19/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mat Sabu Saran Rakyat Tanam Nanas Di Kawasan Rumah, Jadi Duit Belanja Dapur
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ada tanah kosong di sekeliling rumah tapi tak tahu nak buat apa? Jangan biar terbuang begitu saja.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu ada idea mudah iaitu tanam pokok nanas.

Menurut beliau, menanam nenas bukan sahaja mudah, malah boleh dilakukan walaupun di tanah yang terhad.

“Bang Mat tengok kadang-kadang tanah keliling rumah kita ni ada. Tapi kosong. Rugi. Sayang betul. Apa kata kita tanam pokok nanas? Nanas ni bukan susah nak jaga.

“Tak ada tanah luas pun tak apa. Tanam saja dalam polibag. Letak tempat kena matahari, siram pagi petang, baja sikit-sikit. Insya-Allah hidup elok,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohammad menekankan bahawa dalam tempoh lapan hingga 12 bulan, hasil boleh dituai dah hasil itu boleh dinikmati bersama keluarga.

Kata beliau, nanas itu juga boleh dikongsi dengan jiran atau dijual secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.

“Kalau dapat sikit, makan ramai-ramai dengan keluarga. Kalau ada lebih, hulur pada jiran. Kalau jadi banyak, jual kecil-kecilan. Boleh tambah duit belanja dapur.

“Nampak macam kecil, tapi dari situlah rezeki mula berkembang. Tanah sekangkang kera pun boleh jadi sumber pendapatan kalau kita rajin usaha,” ujar beliau.

Mohammad juga mengingatkan rakyat agar tidak menunggu memiliki ladang luas untuk mula berusaha.

“Mula dulu dengan apa yang kita ada,” katanya lagi.

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1DPTBaMhDv/

Tags: Mat SabuNenas
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian Mohamad Sabu yang secara terbuka...

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd