• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

KUALA LUMPUR 02 APRIL 2024. Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan, Mustakim Mohamad bercakap ketika Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan TH 2023 Menara TH. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan sudah diisi sepenuhnya, termasuk kira-kira 85,000 permohonan rayuan diterima.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata tahun ini, kuota haji rasmi negara dapat dipenuhi lebih awal melalui inisiatif penambahbaikan terutamanya peringatan supaya bakal jemaah membuat persediaan.

Katanya, perkembangan ini menunjukkan kadar penangguhan yang jauh lebih rendah iaitu 18 peratus bagi musim 1447H berbanding 50 peratus tahun sebelumnya.

“Berdasarkan jumlah rayuan yang tinggi, maka permohonan rayuan musim ini akan ditutup mulai 1 Ramadan 1447H. Permohonan rayuan yang sudah diterima sebelum tarikh ini, kekal dalam pertimbangan TH.

“Sekiranya berlaku kekosongan saat akhir akibat penangguhan atau pembatalan, pengisian akan dibuat daripada senarai rayuan sedia ada berdasarkan merit dan kriteria ditetapkan.

“TH ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama diberikan oleh semua bakal jemaah. Semoga semua usaha bakal jemaah ini mendapat ganjaran sebaiknya di sisi Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malaysia mendapat kuota tahunan sebanyak 31,600 termasuk pada tahun ini.

Mustakim Mohamad berkata penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci dijadualkan bermula pada 18 April ini, manakala terakhir 20 Mei dengan hari wukuf dijangka 26 Mei.

BHonline-

Tags: kuota hajiTH
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd