Oleh Mynewshub
JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan dengan kelab gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima bagi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada 4 dan 11 Mac depan.
Perlawanan pertama kedua-dua pasukan dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Johor bermula pukul 8.15 malam pada 4 Mac 2026.
Manakala aksi kedua timbal balik dijadualkan berlangsung di Edison Peace Wing Hiroshima, Jepun bermula pukul 7 petang waktu tempatan pada 11 Mac 2026.
Inilah masa untuk rakyat Malaysia bersatu hati memberi sokongan kepada pasukan JDT yang membawa nama negara.
Perlawanan ini bukan sekadar aksi kelab, sebaliknya menjadi pentas untuk membuktikan kemampuan wakil Malaysia bersaing dengan kuasa bola sepak Asia Timur.
Sokongan padu di laman sendiri pada perlawanan pertama amat penting bagi memberikan kelebihan awal buat skuad Harimau Selatan sebelum bertandang ke Jepun.
Atmosfera stadium yang penuh dan gemuruh mampu menjadi pembakar semangat pemain di atas padang.
Kejayaan mara ke peringkat ini sudah membuktikan kualiti serta konsistensi JDT di pentas Asia dan kini cabaran lebih besar menanti. – MYNEWSHUB


