• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

oleh Mohd Arshad
05/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua, di sini pada Selasa.

 

Mangsa berusia 41 tahun ditemui terbaring tidak bernyawa di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan dengan kesan kelar pada bahagian leher.

Kejadian terbongkar kira-kira jam 1.40 petang selepas jiran berasa curiga apabila mangsa tidak memberi sebarang respons walaupun pintu rumahnya terbuka. Bagaimanapun, pagar jeriji didapati berkunci dari dalam.

 

Difahamkan, mangsa tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun di rumah berkenaan.

 

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

“Kes sedang disiasat dan beberapa aspek termasuk motif kejadian sedang dikenal pasti,” katanya ringkas.

 

Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Zahari Noor, berkata pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar dipercayai menggunakan senjata tajam pada bahagian leher mangsa.

 

Menurut beliau, tiada kesan pergelutan ditemui di lokasi kejadian, sekali gus tidak menolak kemungkinan mangsa diserang oleh individu yang dikenalinya.

 

“Kita percaya serangan mungkin berlaku dari arah belakang, namun bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya ketika ditemui di lokasi.

 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat lanjut.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan pihak polis.

 

Kes ini menambah satu lagi insiden jenayah serius yang mengejutkan komuniti setempat dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk kawasan berkenaan.

Tags: bunuh
Share288Tweet180SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd