• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh rakannya dalam satu pergaduhan di Kampung Sungai Udang di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku di hadapan rumah mangsa di Jalan Mohd Akhir apabila suspek lelaki berusia 44 tahun dipercayai datang untuk mengambil semula telefon bimbit miliknya yang sebelum ini diserahkan kepada mangsa.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut bertukar tegang sebelum tercetus pergaduhan yang berakhir dengan mangsa diserang menggunakan sebilah parang di anjung rumah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, abang mangsa yang berada di lokasi cuba mengejar suspek sejurus kejadian berlaku.

“Dalam keadaan panik itu, abang mangsa cuba mengejar suspek namun lelaki tersebut melarikan diri kira-kira 300 meter sebelum memecahkan cermin sebuah kereta milik orang awam untuk bersembunyi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami sekurang-kurangnya tiga tikaman di bahagian dada kiri.

Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut sebagai bahan bukti.

Siasatan lanjut juga mendapati kedua-dua lelaki berkenaan saling mengenali dan masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta kes dadah.

Kedua-dua individu terbabit merupakan warga tempatan berbangsa Melayu.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Insiden itu sekali lagi menjadi peringatan bahawa pertikaian kecil, walaupun hanya melibatkan telefon bimbit, boleh bertukar menjadi tragedi apabila emosi gagal dikawal. – MYNEWSHUB

Tags: bunuhMelaka
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Betul Ke Sokongan PH Menurun? Sambutan Di Melaka Meriah” – Mohamad Sabu

“Betul Ke Sokongan PH Menurun? Sambutan Di Melaka Meriah” – Mohamad Sabu

07/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mempersoalkan dakwaan bahawa sokongan terhadap gabungan itu masih menurun,...

Kemenangan BN Di Melaka Kelak Adalah Hatrik, Insya-Allah – Azhar Sulaiman

Kemenangan BN Di Melaka Kelak Adalah Hatrik, Insya-Allah – Azhar Sulaiman

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Azhar Sulaiman yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kejayaan hatrik dengan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd