• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

oleh Mohd Arshad
02/02/2026
dalam Terkini
0
Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner bahawa dia diganggu oleh ibu Zara melalui aplikasi WhatsApp berhubung kenyataan polis.

Saksi berusia 42 tahun itu berkata, ibu Zara, Noraidah Lamat didakwa mengarahkannya untuk menafikan kenyataan Pelajar A kepada polis dan menghubungi pegawai penyiasat secara terus.

“Ibu Zara menghantar mesej kepada saya melalui WhatsApp, memarahi saya kerana membenarkan Pelajar A menceritakan perkara sebenar kepada polis. Dia juga mengarahkan kami supaya menafikan kenyataan itu dan meminta saya menghubungi pegawai polis secara terus,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini.

Menurut saksi ke-62 itu, mesej berkenaan turut mengandungi dakwaan bahawa kenyataan Pelajar A diputarbelitkan, polis berkomplot dengan pengetua sekolah, serta tuntutan supaya kenyataan itu dinafikan.

Dia berkata ibu Zara turut mempersoalkan ketulenan catatan diari termasuk perkataan kesat yang didakwa ditulis oleh Zara serta mendakwa pengesahan forensik menunjukkan tulisan tangan itu bukan milik Zara.

Saksi itu juga mendakwa ibu Zara menuduh pihak sekolah mereka bukti, mendakwa Pelajar A bertindak mengikut arahan sekolah dan melarang Pelajar A daripada menziarahi kubur Zara.

“Saya memaklumkan perkara ini kepada pegawai penyiasat dan Ustaz Azhari,” katanya, sambil menambah bahawa satu laporan polis dibuat bagi memohon siasatan terhadap ibu Zara.

Terdahulu, saksi itu berkata beliau pertama kali mengetahui mengenai insiden membabitkan Zara pada 16 Julai 2025 kira-kira jam 8.39 pagi apabila dimaklumkan oleh ibu kepada seorang pelajar lain melalui WhatsApp.

Dia turut menceritakan bahawa dia menghubungi Noraidah untuk bertanyakan keadaannya serta menasihatkannya kekal tenang, bersabar dan berhati-hati ketika memandu.

Dia juga mencadangkan supaya membaca selawat dan istighfar bagi menenangkan perasaan.

“Saya terkejut tetapi kagum dengan ketenangannya. Suaranya tenang ketika saya bertanya sama ada benar Zara terjatuh dari bangunan. Kadang-kadang kedengaran sedih, tetapi dia tidak meraung.

“Saya menelefonnya berulang kali, hampir setiap jam, kerana bimbang dia memandu seorang diri dari Sipitang ke Kota Kinabalu dalam keadaan sebegitu.

“Dia tiba di hospital lewat daripada jangkaan, mungkin kerana memandu perlahan dan keadaan trafik yang sesak,” katanya.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA TDM pada 16 Julai 2025 dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.

Pada 20 Ogos 2025, lima pelajar termasuk Pelajar A, yang identitinya dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atas pertuduhan menghina Zara.

Kes masih dalam perbicaraan.

-Berita Harian

Tags: whatsappZara Qairina
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Kakitangan SMKA Tun Datu Mustapha (TDM) berasa takut untuk ke tempat awam susulan insiden membabitkan Zara Qairina Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd