• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press, berhubung satu kandungan terbitan media itu yang dipercayai melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan bahawa siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima terhadap kandungan berkenaan, yang didakwa mengandungi maklumat palsu berhubung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen pada Isnin lepas, khususnya mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berpotensi menimbulkan kekeliruan awam.

“Penelitian awal mendapati kandungan tersebut membawa maksud berbeza daripada titah sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sekali gus boleh mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap institusi diraja serta kepentingan nasional,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan MCMC itu memaklumkan bahawa beberapa peralatan dan bahan berkaitan turut disita bagi tujuan siasatan lanjut.

“MCMC memandang serius sebarang penerbitan yang melibatkan Titah Yang di-Pertuan Agong serta perkara berkaitan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

MCMC dalam kenyataan itu turut mengingatkan organisasi media untuk melaksanakan semakan fakta secara teliti serta mematuhi prinsip kewartawanan yang bertanggungjawab.

–BERNAMA

Tags: China PressketeranganMCMC
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

30/10/2026
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus terhadap MajuBina Resources Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar...

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

12/10/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang disunting...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd