• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus terhadap MajuBina Resources Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar RM15.32 juta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kegagalan menyiapkan kerja di bawah Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah mengikut tempoh ditetapkan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, mahkamah memerintahkan syarikat berkenaan membayar ganti rugi tertentu berjumlah RM15,324,832.31 selain kos sebanyak RM5,000 kepada suruhanjaya itu.

Menurut MCMC, tindakan undang-undang tersebut difailkan pada Februari 2026 bagi menuntut bayaran ganti rugi susulan kelewatan pelaksanaan kerja di bawah projek JENDELA 1.

Projek itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang bertujuan memperluas liputan serta akses perkhidmatan komunikasi, khususnya di kawasan luar bandar dan kawasan yang kurang mendapat liputan.

MCMC menegaskan bahawa setiap projek infrastruktur komunikasi yang dibiayai melalui dana USP wajib dilaksanakan mengikut obligasi kontrak serta tempoh yang dipersetujui.

Menurutnya, pematuhan terhadap ketetapan tersebut penting bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan manfaat ketersambungan digital dapat dinikmati rakyat.

“Keputusan mahkamah ini turut menegaskan kepentingan akauntabiliti dalam pelaksanaan projek infrastruktur komunikasi negara,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut menegaskan komitmennya untuk memastikan dana USP dimanfaatkan secara bertanggungjawab bagi meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan komunikasi yang berkualiti. – MYNEWSHUB

Tags: BayarMahkamah TinggiMajuBinaMCMCperintahRM15.32 Juta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membolehkan Perikatan Nasional (PN) meneruskan aktiviti politiknya termasuk...

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

12/10/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang disunting...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd