• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Beli-belah Mesra Haiwan Peliharaan Pertama Malaysia

oleh Mohd Arshad
12/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pusat Beli-belah Mesra Haiwan Peliharaan Pertama Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sunway Square Mall Jadi Pusat Beli-Belah Mesra Haiwan Peliharaan Pertama Dalam Bangunan di Malaysia

Oleh Mynewshub

PETALING JAYA – Sunway Square Mall mencuri perhatian orang ramai apabila tampil sebagai pusat beli-belah pertama di Malaysia yang secara rasmi membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan ke dalam premis.

Tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan seekor anjing dibawa menggunakan troli khas di dalam kawasan pusat membeli-belah tersebut, termasuk di hadapan TGV Cinemas.

Paparan notis peraturan “Pet-Friendly Mall House Rules” turut mengesahkan bahawa mall tersebut memang menyediakan garis panduan khusus untuk pengunjung yang hadir bersama haiwan peliharaan.

Antara peraturan utama yang dipaparkan ialah:

▪️ Haiwan peliharaan mesti berada dalam stroller atau pembawa khusus sepanjang masa.

▪️ Pengguna perlu menggunakan lif yang ditetapkan untuk haiwan.

▪️ Haiwan mesti sentiasa diawasi dan dijaga kebersihannya.

▪️ Haiwan yang agresif atau terlalu bising boleh diminta keluar atas faktor keselamatan.

▪️ Stroller haiwan tidak boleh menghalang laluan awam atau pintu masuk.

▪️ Interaksi dengan pengunjung lain perlu dikawal mengikut kesesuaian.

▪️ Kemasukan ke kedai tertentu tertakluk kepada polisi setiap jenama. Yakni polisi kedai menjadi penentu sama ada haiwan peliharaan dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam atau sekadar di muka pintu sahaja.

Sunway Square Mall turut mempromosikan beberapa aktiviti bertema haiwan seperti “Doga” (yoga bersama anjing), “Foam Pawty”, “Pet Spa”, “Pet Photo Booth” dan “Pet Workshop”, menandakan pendekatan komersial baharu yang lebih inklusif kepada pemilik haiwan peliharaan.

Ketika ini, ramai pengguna media sosial meluahkan keterujaan kerana Malaysia jarang mempunyai pusat beli-belah dalam bangunan yang benar-benar pet-friendly.

Namun, sebahagian lain menekankan keperluan mematuhi sepenuhnya peraturan kebersihan dan keselamatan agar tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung lain.

Dengan pembukaan rasmi Sunway Square Mall, pusat beli-belah itu kini menjadi perintis konsep mesra haiwan peliharaan di ruang tertutup, sekali gus membuka lembaran baharu kepada gaya hidup urban di Malaysia yang semakin menerima kewujudan pet-friendly spaces. – MYNEWSHUB

Tags: anjing
Share244Tweet153SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd