• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi dengan sebahagian pihak mempersoalkan perbuatan itu dari sudut hukum agama Islam, manakala sebahagian lain tampil mempertahankan wanita berkenaan atas dasar sifat kemanusiaan dan sayang terhadap haiwan.

Golongan yang mengkritik berpandangan bahawa perbuatan menyentuh dan membelai anjing secara langsung adalah tidak wajar bagi seorang Muslim, kecuali dalam keadaan tertentu seperti tujuan keselamatan atau kerja.

Seorang pengguna, Nadzim Mohsin, menyatakan bahawa Islam membenarkan pemeliharaan anjing bagi tujuan tertentu seperti menjaga keselamatan atau berburu, namun tidak sebagai haiwan peliharaan dalam rumah apatah lagi dibelai.

Pandangan sama turut disuarakan beberapa netizen lain yang menganggap tindakan itu bercanggah dengan ajaran agama serta mencerminkan kurang pemahaman terhadap hukum berkaitan.

Zaiton Othman: Hang ni tak ada benda lain ke nak main binatang yang dilarang Allah juga yang hang pegang?

Syamsul Haris: Selagi tak masuk lubang kubur, bermegah-megahlah dengan perbuatan mencabar larangan agama. Dah masuk nanti, tahulah langit tinggi rendah.

Mohd Hazrol Ridhuan Ibrahim: Nak sayang binatang seperti anjing tu boleh. Mertua saya di Sabah pun bagi makan anjing. Namun, tak boleh belai macam ni. Ini salah di sisi agama Islam kakak oi.

Nurul Hawa: Cuba kau belajar balik apa hukumnya perkara yang kau telah buat. Apa yang Allah dan Nabi kau sudah sampaikan. Kalau masih tak faham kau rujuklah kepada alim ulama.

Bagaimanapun, terdapat juga kelompok yang tampil mempertahankan tindakan wanita tersebut.

Mereka berpendapat bahawa menjaga kebajikan haiwan terbiar adalah satu amalan mulia dan aspek niat serta kaedah pengurusan mengikut syariat perlu diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman.

Selain itu, pencinta haiwan turut menyokong tindakan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai satu bentuk empati dan kasih sayang terhadap makhluk Tuhan.

Fazia Muhamad: Pegang anjing, ramai pula yang bising. Padahal dia melakukan kerja amal menjaga binatang terbiar. Seseorang yang berilmu sudah belajar cara menyamak dan menjaga hubungan mengikut Islam. Kalau pegang anak dara orang, boleh pula kamu semua tengok seperti biasa sahaja. Pandanglah dengan ilmu, bukan menghukum.

Shyma Abdul: Anjing comel ini pun boleh merasai betapa ikhlas dan selamat berada dalam pelukan Shikin. Betapa mulianya hati awak. Allah sentiasa bersama awak sayang. Syabas!

Diane Ahmad: Dia melakukan kerja yang sangat baik. Allah akan menilai kebaikannya, bukan manusia. Kepada yang bersikap negatif, sila simpan komen anda. Didik anak-anak menjadi baik. Jika percakapan ibu bapa buruk, anak-anak juga akan membesar dengan sikap yang sama.

Zaiton Osman: Terima kasih, sis, atas kasih sayang dan cinta terhadap makhluk Tuhan. Sokong sis dari jauh. Sebagai pencinta haiwan, semoga sis sentiasa sihat, murah rezeki, dan Tuhan memberkati hidup sepanjang hayat.

TrueTome: Jarang sekali melihat seorang muslim menjaga anjing seperti ini. Semoga Tuhan memberkati awak dengan limpahan rezeki.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang menggesa agar isu ini dilihat secara lebih berhemah dengan merujuk kepada pandangan alim ulama bagi mendapatkan penjelasan yang tepat, sekali gus mengelakkan perbalahan berpanjangan di ruang maya. – MYNEWSHUB

Tags: anjingBelaipelukTemu bualvideo tularwanita melayu
Share220Tweet138SendShare

Related Posts

Jika Dakwaan Terbukti Benar, Ahli MPP Berkenaan Akan Dipecat Serta-Merta – Hannah Yeoh

Jika Dakwaan Terbukti Benar, Ahli MPP Berkenaan Akan Dipecat Serta-Merta – Hannah Yeoh

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan yang didapati terlibat dalam aktiviti meminta wang perlindungan akan dipecat...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd