• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

oleh Mynewshub
05/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Sebuah premis perniagaan di sini terpaksa ditutup sementara hari ini gara-gara perbuatan seorang pelanggan membawa seekor anjing dalam troli ketika membeli-belah di premis berkenaan.

Pengurusan Yin Onn (Teluk Intan) Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan di media sosial berkata, penutupan itu bagi membolehkan proses pembersihan dilaksanakan mengikut panduan yang diberikan.

“Pihak pengurusan telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat dan panduan daripada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Daerah Hilir Perak (MAIPk Teluk Intan) berhubung proses pembersihan yang sewajarnya.

“Premis hanya akan dibuka semula selepas proses tersebut selesai,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, pengurusan Yin Onn (Teluk Intan) Sdn. Bhd. berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perkongsian di media sosial berhubung kejadian seekor anjing dibawa masuk dan diletakkan di dalam troli.

Menurut kenyataan itu, pelanggan berkenaan telah dimaklumkan bahawa haiwan peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam premis apabila pihak pengurusan menyedari kejadian tersebut.

“Pelanggan tersebut juga telah diminta untuk membawa anjing berkenaan keluar dengan segera. Kami memandang serius perkara ini, khususnya kebimbangan pelanggan Muslim mengenai aspek kebersihan dan kesucian.

“Kami dengan setulus hati memohon maaf atas kebimbangan, ketidakselesaan dan kesilapan yang telah berlaku. Kami mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap insiden ini dan amat kesal di atas kejadian tersebut.

“Kami juga komited untuk menambah baik serta memperkukuhkan SOP dan garis panduan dalaman kami bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berulang pada masa hadapan,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Yin Onn Teluk Intan

Tags: anjingmohon maafpelangganpembersihanpremis perniagaantrolitutup sementaraYin Onn (Teluk Intan) Sdn. Bhd.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

PMX Anwar Mohon Maaf, Tenang Tidak Tinggi Suara

PMX Anwar Mohon Maaf, Tenang Tidak Tinggi Suara

20/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan nada beliau yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd