• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspo Haiwan Viral: Lokasi Disertu Pihak Berkuasa Agama Susulan Video Anjing Kencing Dalam Mall

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Ekspo Haiwan Viral: Lokasi Disertu Pihak Berkuasa Agama Susulan Video Anjing Kencing Dalam Mall
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lokasi penganjuran ekspo haiwan di Mid Valley Exhibition Centre awal bulan ini yang tular di media sosial susulan rakaman video seekor anjing kencing di lantai telah menjalani proses sertu oleh pihak berkuasa agama pada Rabu lalu.

Mynewshub difahamkan, langkah pembersihan dilakukan dengan kerjasama pihak penganjur dan pemilik lokasi.

Kerja-kerja sertu itu dilaksanakan sebagai langkah pembersihan mengikut garis panduan Islam selepas insiden berkenaan mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan orang ramai, khususnya pengunjung Muslim.

Rakaman video yang tular sebelum ini memaparkan seekor anjing berada di kawasan awam dalam pusat beli-belah berkenaan, dengan lantai dipercayai terkena air kencing haiwan tersebut ketika ekspo berlangsung.

Kejadian itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, termasuk isu kebersihan, sensitiviti agama serta kesesuaian penganjuran acara melibatkan haiwan peliharaan di ruang awam tertutup.

Menurut sumber, proses sertu melibatkan kawasan lantai yang terjejas serta beberapa lokasi berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.

Pekerja pembersihan dilihat menjalankan kerja-kerja menyuci dan menyahkuman menggunakan peralatan khas di kawasan terbabit.

Setakat ini, pihak pengurusan pusat beli-belah mahupun penganjur ekspo masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan pembersihan yang dilakukan itu.

Tinjauan Mynewshub di media ssosial sebelum ini mendapati orang ramai terbahagi kepada dua pandangan, dengan sebahagian menyuarakan kebimbangan terhadap aspek kebersihan dan sensitiviti agama, manakala sebahagian lagi mempertahankan penganjuran ekspo haiwan dengan alasan toleransi dan tanggungjawab pemilik haiwan.

Isu berkenaan dijangka terus menjadi perhatian, khususnya melibatkan penganjuran acara awam yang melibatkan haiwan peliharaan di lokasi tumpuan orang ramai.- MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/VID_20251219_014959_067_bsl.mp4
Tags: anjingSunway Square Mall
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd