• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

oleh Mohd Arshad
12/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tiada warden bertugas pada malam kejadian yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dan keadaan asrama dikatakan dikawal sepenuhnya oleh pelajar senior.

Demikian keterangan seorang saksi yang juga bekas pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Kinarut pada Mahkamah Koroner hari ini.

Remaja itu yang juga deponen ke-44 mendakwa, sepanjang beliau menetap di asrama sekolah berkenaan, pelajar senior sering mengawal pelajar junior termasuk menggunakan sebuah dorm sebagai tempat berkumpul dan menyimpan telefon bimbit di bahagian siling.

“Sepanjang saya berada di asrama, tidak pernah nampak warden bertugas pada malam kejadian. Senior yang mengawal junior.

“Sekiranya ada warden malam itu bertugas, kejadian yang menimpa Zara tidak akan berlaku.

“Saya tampil memberi keterangan secara sukarela atas nasihat ibu bapa saksi merasa bertanggungjawab untuk membantu siasatan. Saya tidak mahu merahsiakan perkara yang saksi tahu dan tidak mahu menyesal

sekiranya memendamkan maklumat berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi memaklumkan, pada 17 Julai iaitu sehari selepas kejadian, seorang rakan dormnya menceritakan bahawa terdapat pelajar junior yang terserempak dengan Zara sekitar jam 3 pagi di bilik mandi.

“Zara kelihatan sedih dan diam ketika terserempak dengan pelajar itu,” katanya.

Menurut saksi, pada malam yang sama, selepas solat Isyak, semua pelajar perempuan dikumpulkan di surau oleh beberapa guru yang memberi amaran supaya “berhenti membuli.”

Saksi turut menyatakan rasa tidak adil terhadap tuduhan bahawa Zara mencuri dompet tanpa siasatan terperinci daripada pihak sekolah.

“Saya rasa tidak adil Zara dituduh mencuri tanpa siasatan daripada pihak sekolah,” katanya.

BHonline-

Tags: Inkues Zara Qairinawarden
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Inkues Zara Qairina: Allahyarham Sering Menulis Diari Dalam Buku ‘Love And Peace’ – Saksi

Inkues Zara Qairina: Allahyarham Sering Menulis Diari Dalam Buku ‘Love And Peace’ – Saksi

22/10/2025
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilihat sering menulis diari di buku hijau tertulis 'Love and Peace' ketika di sekolah....

Warden Tak Mengaku Cabul Pelajar Lelaki Di Belakang Tandas

Warden Tak Mengaku Cabul Pelajar Lelaki Di Belakang Tandas

22/08/2024
0

Muar : Warden sebuah pusat pengajian swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd