• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Zara Qairina: Allahyarham Sering Menulis Diari Dalam Buku ‘Love And Peace’ – Saksi

oleh Mohd Arshad
22/10/2025
dalam Terkini
0
Inkues Zara Qairina: Allahyarham Sering Menulis Diari Dalam Buku ‘Love And Peace’ – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilihat sering menulis diari di buku hijau tertulis ‘Love and Peace’ ketika di sekolah.

Perkara itu diberitahu saksi kanak-kanak ke-19 inkues kematian arwah Zara Qairina kepada Mahkamah Koroner, di sini pada prosiding hari ini.

Peguam mewakili ibu Allahyarham, Shahlan Jufri berkata, saksi ke-28 inkues itu adalah pelajar junior yang belajar dalam kelas dan aras serta blok asrama yang sama dengan arwah Zara Qairina.

Katanya, saksi mengenali Allahyarham sebagai kawan tetapi tidak rapat dan dia menyifatkan Zara Qairina seorang yang ceria, mudah bergaul dan suka menolong kawan di kelas.

“Saksi berkata mereka ada berbual dan pergi ke kantin bersama, tapi perbualan mereka biasanya mengenai pelajaran saja. Arwah tidak pernah mengadu sebarang masalah peribadi, tekanan atau menunjukkan tanda kemurungan.

“Saksi juga berkata dia tahu mengenai arwah menulis nama orang yang tidak solat, malah nama saksi juga pernah dicatat oleh arwah.

“Saksi memberitahu mahkamah bahawa dia pernah melihat Zara menulis diari namun tidak pernah membaca kandungannya. Dia dapat mengecam Zara selalu menulis di sebuah buku hijau ‘Love and Peace’,” katanya menceritakan semula keterangan saksi selepas prosiding, hari ini.

Buku berkenaan adalah antara barang bukti yang dijadikan eksibit mahkamah.

Sementara itu, Shahlan berkata, saksi memberitahu mahkamah bahawa dia juga pernah kehilangan pin bendera Jalur Gemilang pada awal Julai lalu.

Katanya, saksi kehilangan barang itu ketika meninggalkan beg sekolah bersama jagaan rakan untuk ke tandas selepas keluar dari bilik asrama ke dewan makan untuk minum petang pada jam 4 petang.

“Selepas dari tandas, saksi mendapati beg sekolahnya dalam keadaan tidak terjaga dan mendapati pin bendera Malaysia yang disimpan di beg sekolahnya hilang. Saksi bertanya kepada rakan tetapi tidak nampak apa-apa.

“Pada lebih kurang jam 10 malam hari yang sama, saksi ada berjumpa dengan pelajar senior seorang ahli Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) untuk melaporkan kehilangan pin bendera itu.

“Saksi berkata dia boleh mengenal pasti pin bendera kepunyaannya kerana ada tertulis nama dan kelas, namun mengakui pin bendera itu tidak pernah dijumpai,” katanya.

Pada malam 15 Julai lalu, Zara dituduh mengambil pin bendera orang lain apabila ada pin milik senior ditemui dalam begnya ketika pemeriksaan dibuat rakan sebiliknya.

Beliau berkata, saksi berkenaan juga mengakui ada mendengar mengenai kes kecurian duit dan ada pelajar menuduh arwah Zara kerana begnya saja yang tidak diperiksa, namun tiada apa-apa yang dijumpai dalam begnya.

BHonline-

Tags: Inkues Zara Qairina
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

12/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada warden bertugas pada malam kejadian yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dan keadaan asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd