• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warden Tak Mengaku Cabul Pelajar Lelaki Di Belakang Tandas

oleh Mohd Arshad
22/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Warden Tak Mengaku Cabul Pelajar Lelaki Di Belakang Tandas
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Warden sebuah pusat pengajian swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki di belakang tandas di Kluang sejak tahun lalu hingga Januari tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh berusia 19 tahun, berhadapan tiga pertuduhan membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pelajar yang juga penghuni pusat pengajian itu, berusia 12 tahun di belakang tandas, jam 1 pagi, hujung November tahun lalu.

Untuk pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Pertuduhan kedua dan ketiga, dia sekali lagi melakukan perkara terkutuk terhadap mangsa sama antara jam 1 hingga 2 pagi pada November 2023 dan Januari lalu dengan kedua-dua kejadian ini juga berlaku di belakang tandas dan juga bilik asrama.

Bagi kedua-dua pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (b) akta sama yang mana semua hukuman dikenakan terhadapnya adalah penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan laporan polis, mangsa dilaporkan melarikan diri dari pusat pengajian itu sebelum laporan orang hilang dibuat terhadapnya.

Namun, selepas mangsa dijumpai, dia menceritakan perkara sebenar termasuk tindakan melarikan diri kerana tidak tahan dengan perbuatan tertuduh.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 16 Ogos lalu dan tertuduh ditahan pada hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh diwakili peguam Syafie Naim.

Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah menetapkan 26 September ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen daripada pihak pendakwaan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu atau mendekati serta berkomunikasi dengan mangsa sehingga prosiding selesai.

-Harian Metro

Tags: cabulwarden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

12/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada warden bertugas pada malam kejadian yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dan keadaan asrama...

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd