• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

oleh Mohd Arshad
04/11/2025
dalam Jenayah
0
Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri dan anak perempuannya menggunakan parang.

Rahim Shim Abdullah didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di sini pada 5.38 pagi, 29 Oktober lepas.

Menurut kertas pertuduhan, Rahim didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Fatimah Mohammad@Foung Swee Fung, 46, dan anaknya Nohaida Shim Mee Jiun, 20, menggunakan parang, di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 326A kanun sama.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun, denda, atau sebatan, manakala Seksyen 326A membenarkan hukuman digandakan apabila jenayah itu melibatkan ahli keluarga.

Semasa kejadian, kedua-dua mangsa mengalami luka tetakan dan dikejarkan ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan, manakala tertuduh melarikan diri sebelum ditahan polis berhampiran dusun durian di Kanowit.

Dalam mitigasi, Rahim yang tidak bekerja sejak pandemik Covid-19 memberitahu mahkamah bahawa dia menyesali tindakannya itu dan mendakwa berada dalam tekanan emosi selepas sering bertengkar dengan isterinya dipercayai akibat kecurangan.

Dia yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas sebab masalah kesihatan dan menanggung isteri serta tiga anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry, bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman pencegahan berikutan tindakan lelaki terbabit adalah serius kerana membahayakan nyawa isteri dan anaknya sendiri serta menggunakan senjata berbahaya.

Hakim Musyiri Peet ketika menjatuhkan hukuman itu berkata tindakan tertuduh tidak boleh dimaafkan walaupun berlaku pertengkaran dan tekanan emosi.

“Sebagai ketua keluarga, tertuduh bertanggungjawab untuk melindungi isteri dan anaknya.

“Sebaliknya, dia telah menyebabkan kecederaan parah terhadap mereka, melanggar amanah dan tanggungjawab yang diharapkan daripadanya,” kata hakim itu.

Dengan mengambil kira sifat dan keseriusan kesalahan berkenaan, mahkamah memerintahkan Rahim dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman berjalan serentak, menjadikan jumlah hukuman penjara 20 tahun berkuat kuasa dari tarikh sabitan.

-Harian Metro

Tags: kes tetakPenjara
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Berang Dibunyikan Hon, Lelaki Tetak Penunggang Motosikal Guna Pisau Pemotong Daging

Berang Dibunyikan Hon, Lelaki Tetak Penunggang Motosikal Guna Pisau Pemotong Daging

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SHAH ALAM – Tindakan seorang penunggang motosikal membunyikan hon dipercayai kerana laluan dihalang bertukar menjadi insiden berdarah apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd