• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

oleh Mohd Arshad
03/11/2025
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf
Share on FacebookShare on Twitter

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

 

PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan bahawa pengiktirafan “Muslim Choice” yang diperkenalkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Friendly Watch (MFW) tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa agama negara.

Menurut kenyataan media rasmi yang dikeluarkan, JAKIM memaklumkan bahawa mereka telah menerima laporan mengenai inisiatif MFW yang memperkenalkan label “Muslim Choice” kepada pengusaha yang memenuhi syarat dan piawaian tertentu, kononnya untuk memberi keyakinan kepada pengguna Muslim mengenai kualiti dan keselamatan produk atau premis.

Namun, hasil pertemuan antara JAKIM dan MFW pada 23 Ogos 2024 mendapati, pengiktirafan tersebut berpotensi mengelirukan masyarakat kerana boleh dianggap sebagai satu bentuk pengesahan halal.

JAKIM telah meminta MFW menghentikan aktiviti berkenaan, namun pemantauan mendapati pertubuhan itu masih meneruskannya.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, menegaskan bahawa penggunaan istilah seperti “Muslim Choice” atau seumpamanya oleh mana-mana pihak termasuk MFW tidak boleh dianggap sebagai perakuan halal yang sah.

Hanya JAKIM dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) sahaja yang diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta membenarkan penggunaan logo Halal Malaysia.

 

“Sebarang logo, simbol, istilah, kenyataan atau ungkapan yang membawa maksud halal dan dikeluarkan oleh pihak selain JAKIM atau MAIN/JAIN adalah tidak sah serta menyalahi peraturan,” jelas kenyataan itu lagi.

JAKIM turut menegaskan bahawa tindakan seperti ini boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara dan mengelirukan pengguna Muslim.

Sehubungan itu, semua pihak diingatkan agar tidak menggunakan sebarang bentuk logo atau istilah yang memberi tanggapan halal tanpa pengesahan rasmi daripada JAKIM atau MAIN/JAIN.

Sumber: Kenyataan Media Rasmi JAKIM, 2 November 2025

Kredit: Mynewshub

.

.

Kepada JAKIM – Bertindak la. Benda ni bukan baru. Tak guna la ada jabatan macam JAKIM kalau setakat bincang dan keluar kenyataan aje.

 

Halal JAKIM sahaja yang sepatutnya ada. Halal Ah Beng jangan dibenarkan wujud.

 

Setakat mesyuarat dan bagi nasihat dan peringatan, tak guna la JAKIM

Tags: Jakim
Share286Tweet179SendShare

Related Posts

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd