• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) susulan isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM)

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, sesi berkenaan diadakan bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung perkara yang dibangkitkan masyarakat termasuk isu yang dikaitkan dengan Timbalan Menteri berkenaan.

Menurut beliau, hasil pertemuan tersebut beberapa teguran, nasihat dan panduan telah diberikan termasuk berkaitan kandungan dan pengisian program yang telah dijalankan serta pendekatan yang digunakan dan mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah.

“JAKIM mengambil perhatian pertanyaan dan persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat, termasuk melalui halaman Facebook atas nama Masyitah Ashari, berhubung isu yang dikaitkan dengan NAM yang turut dikaitkan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

“Perkara tersebut sememangnya telah diberi perhatian serius dan melalui proses siasatan menyeluruh bagi mendapatkan pandangan serta penelitian berdasarkan disiplin ilmu dengan penglibatan autoriti yang bersesuaian.

“Sesi tersebut (‘tabayyun’) turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Pakar Akidah (PPA) JAKIM serta pihak berkaitan bagi memastikan isu berkenaan diteliti dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

JAKIM namun tidak menyatakan nama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang dimaksudkan dalam kenyataan media tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: AdakanBersamaJakimkontroversiNew Age MovementtabayyunTimbalan Menteri Agama
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd