• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan tindakan susulan pihak berkuasa agama selepas sesi tabayyun berhubung kandungan sebuah program yang dikaitkan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menerusi satu rakaman video di media sosial, Hafiz berkata persoalan itu timbul susulan kandungan yang didakwanya menyentuh antaranya konsep ‘Doa Quantum’, ‘vibration’, ‘energi’, ‘gelombang’ serta istilah berkaitan ‘vibration ahli syurga dan ahli neraka’

“Vibration ahli syurga dan ahli neraka. Apa benda semua ini? Apa nak jadi ini? New Age Movement (NAM). Doa Quantum. Vibration. Energi. Gelombang. Malah disebut vibration ahli syurga dan ahli neraka. Apa benda semua ni? Apa nak jadi ini? Yang pelik-pelik saja lah zaman Madani.

“Jadi selepas tabayyun, lepas teguran, lepas nasihat, apa tindakan susulannya? Apakah mekanisme terhadap individu, kumpulan ataupun program yang masih menyebarkan unsur-unsur yang telah dikenal pasti menyeleweng?” soalnya.

Menurut Hafiz, perkara berkenaan perlu mendapat penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selain meminta Perdana Menteri mengambil serius isu tersebut kerana ia melibatkan pemegang portfolio agama.’

Hafiz turut merujuk proses tabayyun yang menurutnya telah dijalankan JAKIM dengan penglibatan Mufti Wilayah Persekutuan serta panel pakar akidah JAKIM.

Katanya, selepas proses berkenaan, teguran, nasihat dan panduan dikatakan telah diberikan berkaitan kandungan serta pengisian program dan pendekatan yang mempunyai implikasi terhadap agama serta akidah.

Bagaimanapun, Hafiz berkata persoalan yang perlu diperjelaskan adalah bentuk tindakan seterusnya selepas teguran dan nasihat tersebut diberikan, khususnya sekiranya kandungan berkenaan terus diamalkan atau disebarkan.

Hafiz menegaskan isu tersebut bukan berkaitan politik, sebaliknya melibatkan tanggungjawab institusi agama serta keyakinan masyarakat terhadap individu yang diberikan amanah menjaga hal ehwal agama.

“Jangan ambil ‘soft approach’ bila persoalannya melibatkan akidah umat Islam. Ini bukan soal politik semata-mata. Ini soal tanggungjawab institusi agama dan keyakinan masyarakat terhadap mereka yang diberikan amanah untuk menjaga,” katanya.

Beliau turut menggesa supaya tidak wujud standard berbeza dalam menangani perkara berkaitan agama hanya kerana ia didakwa melibatkan anggota pentadbiran kerajaan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Hafiz Ariffin

Tags: Apa Tindakan Susulan?HafizJakimSelepas Sesi TabayyunTimbalan Menteri Agama
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd