• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

oleh Mohd Arshad
20/10/2025
dalam Terkini
0
RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2025 dan Festival Halal Antarabangsa Melaka (MIHF’25).

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, jumlah kutipan itu meliputi bayaran yang dibuat oleh kira-kira 1,650 pengunjung yang memanfaatkan tawaran diskaun istimewa diberikan sepanjang tempoh program berlangsung.

Beliau berkata, menerusi PMR 2025 yang diadakan di Politeknik Merlimau, Jasin selama tiga hari bermula Jumaat lalu, sebanyak 2,093 saman bernilai RM254,830 dikutip daripada kira-kira 850 individu.

“Daripada jumlah itu, 1,041 saman membabitkan kesalahan di bawah PDRM (K) 257 bernilai RM146,920, manakala 1,052 saman lagi adalah mengikut PDRM (K) 170A berjumlah RM107,910.

“Sebanyak RM69,290 bayaran diterima secara tunai manakala RM185,540 lagi melalui pembayaran dalam talian,” katanya dihubungi di sini.

Katanya, kempen diskaun itu mendapat sambutan menggalakkan apabila orang ramai mula hadir seawal kaunter dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang setiap hari di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau.

Katanya, pada hari pertama program 664 saman berjaya diselesaikan dengan kutipan RM80,130, diikuti hari kedua (671 saman, RM82,610) dan hari ketiga (758 saman, RM92,090).

“Seorang pegawai kanan bersama lima anggota polis dan tiga pegawai awam ditugaskan untuk mengendalikan kaunter semakan dan bayaran sepanjang tempoh program PMR 2025 berlangsung,” katanya.

Sementara itu, Dzulkhairi berkata, menerusi kempen sama sempena MIHF’25, pihaknya mengutip 1,316 saman berjumlah RM160,680 daripada kira-kira 800 pengunjung.

MIHF’25 berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu, namun kaunter bayaran saman PDRM hanya dibuka dua hari bermula Sabtu.

“Daripada jumlah itu, 655 saman membabitkan PDRM (K) 257 dengan nilai RM91,450, manakala 661 saman di bawah PDRM (K) 170A bernilai RM69,230,” katanya.

BHonline-

Tags: PDRMSaman Trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan beberapa pegawainya pergi ke kediaman seorang penyanyi rap baru-baru ini untuk menyerahkan surat...

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua kes dikenal pasti di negara ini mempunyai kaitan dengan agensi perisikan asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd