• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

oleh Mohd Arshad
24/10/2025
dalam Terkini
0
Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Puchong pada 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata pihaknya belum menerima sebarang keputusan daripada Jabatan Kimia setakat ini.

“Masih negatif, kita masih menunggu. Sekiranya ada perkembangan, kita akan maklumkan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Pada 25 Ogos lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua pihak supaya bersabar sementara menunggu laporan penuh perubatan berhubung insiden yang menimpa anak kepada Ahli Parlimen Pandan itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata proses siasatan dan penyediaan laporan perubatan memerlukan masa bagi memastikan setiap dapatan dibuat dengan teliti serta menyeluruh.

Insiden pada 13 Ogos lalu menyaksikan anak lelaki tunggal Rafizi berusia 12 tahun diserang seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Mohd Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, seramai 19 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk ahli keluarga, pemandu dan pekerja Rafizi selain pihak pengurusan premis.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian sedang diteliti, namun imej diperoleh tidak begitu jelas dan masih belum dapat mengenal pasti individu terbabit.

BHonline-

Tags: anakLaporan KimiaRafizi Ramli
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd