• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dibincangkan Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
17/10/2025
dalam Terkini
0
Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dibincangkan Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Cadangan menaikkan had umur kepada 16 tahun bagi penggunaan media sosial di negara ini akan dibincangkan minggu depan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurutnya, satu delegasi terdiri daripada wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kementerian Kewangan, Pusat Pencegahan Jenayah Nasional (NFCC) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) akan dihantar dan membincangkan secara teliti mekanisme berkenaan di Singapura.

Katanya, antara yang akan diteliti adalah masalah dan perkara yang sering dihadapi oleh agensi terbabit dengan platform media sosial bagi mencari jalan penyelesaian.

“Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan cadangan untuk menaikkan (had umur penggunaan media sosial) ke 16 tahun. Ini sama seperti yang dilakukan di beberapa negara termasuk Australia dan Indonesia.

“Cara had umur ini akan dikuatkasakan adalah melalui pendaftaran berdasarkan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan juga MyDigital ID.

“Pihak MCMC akan mengadakan perbicaraan yang lebih mendalam dengan syarikat ataupun platform media sosial minggu depan di Singapura,” katanya pada sidang medianya di Kementerian Komunikasi, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, peningkatan had umur penggunaan media sosial ke 16 tahun itu tidak memerlukan pindaan akta.

“Ada dua akta yang terpakai pada waktu ini. Akta Komunikasi dan Multimedia berkenaan pelesenan platform dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian yang terpakai terhadap platform media sosial.

“Sekiranya gagal untuk menjamin platform mereka bebas daripada mudarat dalam talian, maka tindakan tertentu boleh diambil terhadap mereka,” katanya.

-Harian Metro

Tags: had umurmedia sosial
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd