• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

oleh Mohd Arshad
16/09/2025
dalam Terkini
0
Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum menaiki penerbangan sambung.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan perkara itu susulan penguatkuasaan peraturan lebih ketat oleh pihak berkuasa Eropah berhubung Prosedur Pemprofilan Penumpang bagi penumpang transit.

Jumlah rakyat Malaysia yang memohon bantuan konsul untuk pulang ke tanah air akibat kegagalan mematuhi prosedur berkenaan dilaporkan semakin meningkat.

Sehubungan itu, semua pengembara dinasihatkan memastikan dokumen perjalanan, termasuk pasport, visa dan tiket penerbangan pulang adalah sah serta lengkap.

Pengembara juga perlu bersedia mengemukakan dokumen sokongan seperti bukti tempahan penginapan, jadual perjalanan, dan bukti dana yang mencukupi.

“Semak dengan syarikat penerbangan berkaitan atau pejabat perwakilan Eropah di Malaysia mengenai syarat terkini sebelum berlepas, dan peruntukkan masa mencukupi bagi pemeriksaan semasa transit di India,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi menegaskan rakyat Malaysia perlu memberi perhatian terhadap nasihat perjalanan ini bagi mengelak kesulitan dan kerugian kewangan yang tidak sepatutnya.

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi berkenaan.

Kenyataan penuh boleh dibaca di https://web.facebook.com/malawakil.newdelhi.5

–BERNAMA

Tags: Eropahrakyat MalaysiaSaringan Tambahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd