• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Bekas Suami Wanita Maut Ditikam Untuk Bantu Siasatan

oleh Mohd Arshad
12/09/2025
dalam Terkini
0
Polis Kesan Bekas Suami Wanita Maut Ditikam Untuk Bantu Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

YAN: Polis sedang mengesan bekas suami kepada wanita yang maut bersama seorang lelaki dengan beberapa kesan tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah, berkata lelaki itu dikesan untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam itu.

Beliau berkata, selain itu pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian itu berlaku.

“Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh daripada semua sudut untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, di sini malam tadi.

Wanita berusia 28 tahun itu ditemui di bahagian tempat duduk hadapan sebuah kereta Proton Wira di hadapan rumah penduduk manakala lelaki itu ditemui tertiarap di atas jalan di taman perumahan itu tidak jauh dari kereta berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BHonline-

Tags: bekas suamimaut ditikamWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd