• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

oleh Mohd Arshad
dalam Politik
0
Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan serentak di semua negeri Semenanjung.

Walaupun pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah bawah hak dan kuasa peringkat negeri masing-masing, beliau berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan bagi menjimatkan kos dan menyelaraskan tempoh penggal.

“Biasanya, pilihan raya peringkat Parlimen serta DUN memang diadakan serentak kecuali di Sabah dan Sarawak yang mana keadaannya berlainan.

“Ia (pilihan raya serentak) akan dapat menjimatkan kos, selain penggal dapat diselaraskan. Memang ada pertimbangan berlainan kerana DUN di negeri-negeri ada kuasa dan hak untuk menentukan bila boleh dibubarkan tetapi bagi saya, kerajaan negeri bawah Pakatan Harapan (PH) harus dapat berbincang dengan Kerajaan Persekutuan terutama Perdana Menteri, supaya PRU16 diadakan serentak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan Kali Ke-23 yang turut dihadiri Menteri Besar merangkap Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke yang juga Menteri Pengangkutan menjelaskan, kerajaan terpaksa memperuntukkan dana besar bagi melaksanakan proses pilihan raya.

“Justeru jika diadakan serentak, semua perkara berkaitan boleh dijalankan sekali. Kos logistik akan dapat dikurangkan,” katanya.

Loke berkata, ia juga seiring usaha DAP dan PH untuk memaksimumkan peluang parti berkenaan memenangi pilihan raya kelak, tambahan pula persiapan mental serta fizikal sudah dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu belum dibincangkan secara rasmi sama ada dalam kalangan anggota DAP mahupun rakan gabungan PH, selain ia adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.

Namun, beliau berkata, DAP bersiap siaga termasuk untuk menghadapi kemungkinan PRU16 diadakan lebih awal.

“Dari segi kelaziman, parti kita memulakan persiapan menghadapi pilihan raya selepas tempoh penggal melepasi separuh atau tiga tahun,” katanya.

Untuk rekod, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung pada 19 November 2022, namun tidak serentak dengan PRN beberapa negeri di Semenanjung ketika itu.

BHonline-

Tags: Anthony LokeDUNPRU-16semenanjung
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Najib Razak menyindir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook susulan perkembangan terbaharu berhubung peletakan...

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd