• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

oleh Mohd Arshad
dalam Politik
0
“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada di bawah DAP dan Pakatan Harapan (PH), ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), hari ini.

Situasi itu menimbulkan kemarahan dua Ahli Parlimen kerajaan iaitu RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang membangkitkan Peraturan 36(1) dengan menyatakan bahawa Hadi tidak menyentuh mengenai RMK13 dalam perbahasannya.

Perkara itu menyebabkan kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang bangkit dan membidas tindakan Zhemin.

Rayer kemudian bangkit dan memberitahu beliau hanya memohon dan nasihat daripada Yang Dipertua mengenai Peraturan 36(4).

“Saya hadir untuk mendengar amanat Yang Berhormat Marang sebagai seorang tok guru yang kita hormati dari parti PAS. Kita menghormati beliau sebagai seorang pemimpin parti.

“Sebagai seorang pemimpin PAS yang kita hormati, kenapa perlu Marang mengeluarkan kenyataan bahawa Kuala Lumpur adalah tempat yang bermasalah kerana ada DAP, Barisan Nasional (BN) dan PH,” katanya.

Pertikaman lidah antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang itu berlangsung hampir tiga minit, menyebabkan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang mempengerusikan dewan untuk menenangkan keadaan.

Bagaimanapun melihat keadaan menjadi tidak terkawal, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengambil alih sesi perbahasan dan memberi amaran keras kepada semua Ahli Parlimen.

“Budak-budak sekolah ada depan, saya dengar dari kamar, maki, guna perkataan tak elok, semua tak elok.

“Tapi kita nak negara ini maju, pemimpin mesti maju. Tak boleh macam ini. Dengan penuh hormat kepada pemimpin senior, kedua-dua pihak pernah menjadi kerajaan. Jadi tolonglah,” katanya.

Beliau kemudian mengarahkan Young Syefura Othman (PH-Bentong) untuk meneruskan perbahasan RMK13, namun sekali lagi mengeluarkan amaran kepada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Jelutong untuk tidak menimbulkan provokasi.

“Ni apa benda ni? Wakil rakyat apa macam ni? Malukan orang. Anda semua sangat memalukan…Dah tua pun, bukan budak-budak, nak bergaduh.

“Siapa pun jangan bangun lepas ini,” katanya dengan nada yang tegas.

-Berita Harian

Tags: Dewan Rakyatwakil rakyat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd