• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

oleh Mynewshub
08/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi wakil rakyat parti itu digantung keahlian selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.

Dua ADUN yang dipecat ialah ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah serta ADUN Sungai Menanti, Dzowahir Ab. Ghani merangkap Ketua Bersatu Bahagian Alor Setar.

Turut dipecat ialah Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat yang juga Naib Ketua Armada Nasional, Muhammad Faiz Rahmad.

Sementara itu, tujuh wakil rakyat yang dikenakan penggantungan keahlian ialah Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosli Wahid serta Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor.

Dua lagi yang digantung ialah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd. Zain yang juga Ketua Armada Bahagian Padang Rengas dan ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man.

Semua notis tindakan disiplin bertarikh hari ini ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd. Radzi Manan.

Menurut notis tersebut, tindakan pemecatan dibuat mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu atas kesalahan melanggar Fasal 9.1.4 serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli parti.

Bagi hukuman penggantungan pula, tindakan itu turut dikenakan atas kesalahan sama dan menyebabkan mereka dilucutkan daripada semua jawatan yang disandang serta tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan atas nama parti sepanjang tempoh penggantungan.

Bagaimanapun, semua individu yang dikenakan tindakan disiplin itu masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Bersatu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan. – MYNEWSHUB

 

Tags: adunBERSATUGantung KeahlianPecatwakil rakyat
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis mencadangkan supaya penternakan babi dibina di kawasan yang diwakili...

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd