• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

oleh Mohd Arshad
22/08/2025
dalam Terkini
0
PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah strategik memperkukuh peranan melindungi rakyat.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata penjenamaan semula nama itu mampu mempromosikan produk di bawah PERKESO kepada pekerja di negara ini.

Beliau berkata, penggunaan nama LINDUNG lebih sesuai dengan tekad kementeriannya untuk berjuang mengangkat martabat pekerja serta menjadi perisai melindungi mereka di negara ini.

“Nama skim yang diperkenalkan oleh PERKESO sebelum ini agak sukar untuk diingat terutama saya sebagai menteri. Banyak perkara saya kena ingat.

“Bila saya diberi tanggungjawab dalam kementerian antaranya kena berdepan dengan PERKESO, mereka bentangkan mengenai ‘produk-produk kita’.

“Saya beritahu kepada Datuk Azman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed) macam mana nak ingat huruf aksara semua ini. Dah lah banyak benda kena ingat.

“Bila nak promosi produk jaminan keselamatan, kalau nama pun susah sebut, macam mana nak promosi, rakyat dan pekerja nak tahu,” katanya ketika berucap pada Majlis Gala: Pelancaran Penjenamaan LINDUNG di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Steven turut menyerahkan penghargaan kepada lapan Majikan Pesona LINDUNG terdiri golongan artis dan syarikat media kerana kecaknaan mereka menjaga kebajikan pekerja tanpa culas membayar caruman, selain membina empayar perniagaan masing-masing.

Ikon yang diberikan penghargaan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, Noor Neelofa Mohd Noor, Datuk Yusof Haslam; Datuk Seri Aliff Syukri, Christy Ng serta Aeril dan Wawa.

Sementara itu, antara syarikat media yang menerima penghargaan berkenaan adalah Media Prima Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, LINDUNG adalah identiti baharu yang mencerminkan misi dan visinya.

“Lindung bukan sekadar nama, sebaliknya ia ikrar PERKESO untuk melindungi yang lemah, menyokong golongan berusaha dan menjunjung maruah setiap pekerja dari kota ke desa bermula daripada pekerja am hingga ke peringkat profesional.

“Harapan kami terhadap penjenamaan semula ini supaya tiada siapa yang dibiarkan terjatuh tanpa sokongan PERKESO kerana kami percaya setiap rakyat yang memerlukan akan sentiasa ‘dilindungi’, ‘dibantu’ dan ‘diberdayakan’ demi kesejahteraan bersama,” katanya.

-Berita Harian

Tags: LINDUNGPerkesoSkim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd