• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancangan Integrasi Terminal KLIA Dipercepatkan

oleh Mohd Arshad
27/08/2025
dalam Terkini
0
Rancangan Integrasi Terminal KLIA Dipercepatkan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Pelan Pengintegrasian Terminal 1 dan Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipercepat bagi memastikan ketersambungan berterusan penumpang dan bagasi antara kedua-dua terminal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke berkata, pengintegrasian itu antaranya melibatkan pembangunan kemudahan kebolehcapaian antara dua terminal itu seperti kemudahan pengangkutan bas dalam kawasan larangan (airside) bagi penumpang dan bagasi, yang bakal dibangunkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Sehubungan itu, beliau meminta syarikat-syarikat penerbangan bekerjasama untuk merealisasikan perkara berkenaan dalam usaha meningkatkan kedudukan negara sebagai hab penerbangan serantau.

“Kita mahu syarikat-syarikat penerbangan ini jangan tertumpu kepada persaingan sahaja. Kita tidak melihat kepada mainan campur-tolak (zero-sum game) tetapi lebih kepada kepentingan negara, bagaimana meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai satu hab penerbangan serantau yang penting.

“Saya harap menjelang tahun depan, perkara ini boleh direalisasikan, sebab apa yang kita minta tidak ada tambahan secara besar dari segi infrastruktur tetapi lebih kepada penambahbaikan sistem dan ia tidak perlu infrastruktur besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara (NACC) di sini, hari ini.

Loke berkata, pelan itu juga mungkin akan melibatkan prosedur imigresen dan kastam namun perlu dibincangkan terlebih dahulu dan perinciannya dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan.

Beliau juga menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan menyokong sepenuhnya idea pengintegrasian itu yang merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan dan pengurusan MAHB serta menafikan ia dipengaruhi kehendak politik (political will).

“Malah saya telah menggesa (pengintegrasian) ini banyak kali sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Loke berkata, tindakan susulan lain turut diputuskan dalam mesyuarat yang sama untuk menyelesaikan beberapa isu seperti kajian semula pelaksanaan Green Lane bagi menyelesaikan masalah kesesakan pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA.

Turut dibincangkan penambahbaikan pengurusan slot di lapangan terbang oleh Koordinasi Slot Negara Malaysia (NSCM) selain penubuhan pasukan petugas bagi projek penggantian sistem menangani bagasi (BHS) untuk memantau kemajuan pelaksanaannya menerusi pelaporan berkala kepada kementerian.

-Harian Metro

Tags: IntegrasiKLIA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd