• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad masalah kesihatan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintendan Albany Hamzah, berkata wanita berusia 40-an itu ditahan selepas berlaku kekecohan di terminal lapangan terbang berkenaan pada 18 Disember lalu.

Menurutnya, kejadian berkenaan membabitkan wanita berkenaan dengan beberapa individu lain sebelum anggota bertugas ke lokasi bagi tindakan lanjut dan membawanya ke balai polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kad masalah kesihatan mental dan mengambil kira keadaan berkenaan, pihak polis menghantarnya ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Albany berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan kesejahteraan semua pihak termasuk wanita terbabit, namun pihaknya tidak dapat mengesahkan tempoh sebenar individu berkenaan berada di kawasan KLIA.

“Kita tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu dan tindakan diambil susulan kekecohan yang berlaku.

“Setakat ini, pihak polis tidak membuka kertas siasatan dan wanita berkenaan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan seorang wanita dilihat ditenangkan beberapa individu selepas memarahi kanak-kanak yang dikatakan bermain dan membuat bising di kawasan terminal berkenaan.

Difahamkan, wanita itu menggunakan kawasan terminal sebagai tempat berteduh termasuk untuk tidur dan mandi, selain bergantung kepada kemudahan awam seperti bekalan air dan perkhidmatan WiFi.

Rakaman sama turut menunjukkan beberapa barangan peribadi dipercayai milik wanita itu diletakkan di beberapa troli lapangan terbang sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai tempoh keberadaannya di lokasi itu.

Dalam pada itu, pengurusan KLIA memaklumkan pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan Polis Diraja Malaysia menjalankan tindakan sewajarnya serta meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

BHonline-

Tags: KLIAWanita
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Mahasiswa Keadilan Kritik Kempen Jentera PH, Wanita Bukan Alat Publisiti Murahan Pancing Undi

Mahasiswa Keadilan Kritik Kempen Jentera PH, Wanita Bukan Alat Publisiti Murahan Pancing Undi

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) menegur tindakan segelintir jentera kempen Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mempamerkan penampilan kurang...

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

21/10/2026
0

SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan mula ditempatkan di beberapa lokasi strategik dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd