• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

oleh Mohd Arshad
23/12/2025
dalam Terkini
0
Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menghantarnya ke Hospital Kajang untuk menjalani rawatan lanjut kerana disyaki mengalami masalah mental.

Sumber berkata, wanita terbabit yang sebelum ini dikatakan warga China yang menetap di terminal KLIA itu sejak setahun lalu dan videonya menjadi tular, sebenarnya adalah rakyat negara ini.

“Wanita itu sudah ditahan polis dan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan kerana disyaki mengalami masalah mental. Subjek adalah warganegara Malaysia,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, video wanita yang dikatakan warga asing menetap di terminal KLIA sejak setahun lalu itu tular apabila satu rakaman video memaparkannya ditenangkan orang ramai selepas dia memarahi kanak-kanak yang membuat bising di situ.

Difahamkan, wanita itu menjadikan kawasan terminal sebagai tempatnya berteduh termasuk tidur dan mandi, selain bergantung kepada kemudahan awam yang disediakan di KLIA seperti bekalan air dan akses Wi-Fi.

Rakaman sama turut menunjukkan beberapa barangan peribadi dipercayai milik wanita itu diletakkan di beberapa troli lapangan terbang, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai tempoh keberadaannya di lokasi itu.

Penularan video itu mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Mereka turut menyuarakan kebimbangan situasi itu boleh menjejaskan imej lapangan terbang dan negara memandangkan KLIA hanya berfungsi sebagai terminal transit penumpang udara.

Dalam ruangan komen media sosial, pengurusan KLIA memaklumkan pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan siasatan sedang dijalankan polis.

“Kerjasama orang ramai amat dihargai supaya tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.

BHonline-

Tags: ditahanKLIAtinggalWanita
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd