• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Lima warga Iran termasuk dua wanita yang ditahan pada 2 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes mencuri wang pelancong asing di kawasan tumpuan di sini, akan didakwa di Mahkamah Majistret esok.

Perkembangan itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad di sini, hari ini.

Seorang daripadanya iaitu lelaki berusia 34 tahun dijangka berdepan dua pertuduhan mencuri mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan membabitkan dua kes berasingan.

Turut bakal berdepan tuduhan sama adalah seorang lagi lelaki berusia 30 tahun, membabitkan laporan kes berlainan di Pulau Tikus.

Dia juga bakal didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bersama seorang lagi rakannya, berusia 35 tahun.

Kelima-lima warga Iran ini juga akan didakwa atas pertuduhan tinggal lebih masa di Malaysia selain memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada 3 Ogos lalu media melaporkan polis negeri ini menerima laporan tiga pelancong dari Taiwan, Belanda dan Syria menjadi menjadi mangsa sindiket pukau membabitkan lima warga Iran.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilaporkan berkata lima suspek berusia antara 19 hingga 35 tahun itu dipercayai terbabit secara langsung dalam kejadian di sekitar Pulau Tikus dan Jalan Penang antara 30 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Katanya, modus operandi mereka adalah dengan berpura-pura beramah mesra dengan pelancong sebelum meminta mangsa menunjukkan wang tunai.

Ketika perbualan berlangsung, wang mangsa diambil dan hanya disedari mereka selepas suspek beredar dari situ.

BHonline-

Tags: DidakwaPulau Pinangwarga iran
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengambil tindakan bersama pihak berkuasa susulan penularan beberapa rakaman video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd