• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

oleh Mohd Arshad
06/08/2025
dalam Politik
0
Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul terpaksa menghela nafas panjang.

Malah, beliau dilihat mengurut dadanya sambil menyebut ‘Allahuakbar’ sebaik sahaja berjaya meleraikan pertelingkahan itu.

Kekecohan mula berlaku apabila Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menggunakan perkataan ‘mamba’ yang dikatakan bermaksud ‘kurang keras’ melibatkan enam Ahli Parlimen yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meninggalkan blok pembangkang.

Ia kemudiannya membuatkan dua Ahli Parlimen DAP iaitu RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Chong Zhemin (PH-Kampar) bangun dan meminta penjelasan perkataan ‘mambang’ yang dikatakan memberi maksud tidak elok.

Suasana menjadi kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang bangun dan menyatakan bahawa ia merujuk kepada perkataan ‘mamba’ bukannya ‘mambang’ sementara pertikaman lidah itu berlangsung selama beberapa minit.

Johari kemudiannya berusaha menenangkan keadaan apabila melihat situasi itu berlarutan.

“Untuk makluman (semua) termasuk Jelutong, kami (orang Kedah) kalau sebut mambang tu ‘girlfriend’. (Contohnya) Eh, mambang lawa nampak? Mungkin di Terengganu, mambang lain. Mungkin di Kelatan juga mambang lain,” jelas Johari.

Rosol kemudian mencelah, “Ha, dengar Jelutong. Dengar molek-molek, Jelutong.”

Johari kemudian menyambung penerangannya sambil menegur Rosol.

“Hulu Terengganu, saya baru sebut. Yang ni saya nak sebut. Maknanya, mambang, mambar, mamba, mambra, saya tak tahu. Jadi, ada daerah menggunakan bermaksud berbeza-beza.

“Kalau mambang di Kedah, memang mambang lawa. Betul tak? Mambang hebat, mambang cantik. Kalau di Terengganu, mambang, kita tak tahu apa.

“Jadi, untuk itu, jangan lagi guna perkataan itu. Gunalah perkataan yang standard, Hulu Terengganu. Bila cakap tu, biar sebutir-sebutir keluar. Jadi, saya faham, rakyat pun faham. Kalau tidak, there is a miscommunication. Boleh kan? Setuju kan? Okay, saya nak teruskan,” tegasnya.

Bagaimanpun, Zhemin bangun mencelah dan meminta agar Rosol menarik balik kenyataannya.

“Saya faham mambang ada banyak maksud tapi tadi Hulu Terengganu bagi maksud kurang jelas. Dia kata itu kurang keras. Selepas itu, dia membuat sindiran terhadap enam ahli Parlimen.

“Dan juga, tadi dia baru kata DAP anti-Islam. Saya minta tarik balik,” kata Zhemin.

Johari bagaimanapun membuat keputusan agar pertelingkahan tersebut ditamatkan.

“Saya buat keputusan. Case closed. Done,” tegasnya.

-Sinar Harian

Tags: Parlimen
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd