• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

oleh Mynewshub
09/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan untuk Parlimen Petaling Jaya melalui Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau berkata, dakwaan yang dibuat sendiri oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya itu menimbulkan persoalan serius mengenai ketelusan dan keadilan dalam pengagihan peruntukan bagi kawasan Parlimen.

“Ini bukan soal parti. Ini bukan soal siapa kerajaan dan siapa pembangkang. Ini soal hak rakyat Petaling Jaya untuk mendapat peruntukan yang telus dan adil.

“Jangan gunakan peruntukan rakyat sebagai alat politik. Rakyat berhak mendapat layanan yang adil, tidak kira siapa yang mereka pilih dalam pilihan raya. Ini duit rakyat, bukan duit parti politik,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Semalam, lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan mempolitikkan peruntukan rakyat bagi kawasan Parlimen.

Mereka ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam; dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka mengingatkan Perdana Menteri bahawa ‘Malaysia bukan milik Anwar Ibrahim’, manakala peruntukan awam bukan wang poket parti mahupun Perdana Menteri.

“Sejak bila seorang ‘proxy’ yang tidak dipilih rakyat mempunyai mandat yang lebih besar daripada seorang Ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihan raya?,” kata mereka.

Terdahulu, Anwar sebelum ini membidas pihak yang mengkritik beliau berhubung isu tersebut dengan mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan ke kawasan Parlimen perlu melalui Ahli Parlimen.

Beliau yang juga Pengerusi PH dipetik sebagai berkata, peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen bukan hak eksklusif wakil rakyat.

Kenyataan itu namun mengundang kritikan berterusan memandangkan Anwar semasa menjadi pembangkang dilaporkan menyokong pemberian peruntukan sama rata kepada setiap Ahli Parlimen. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

 

Tags: Andy Teoh Tuck WahKetua BahagianKetua Pemuda MCA Petaling JayaParlimenperuntukanpetaling jayaPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

07/08/2026
0

ALOR GAJAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen perlu...

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki meluahkan pandangannya mengenai PKR yang pada beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd