• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji ditangguhkan ke satu tarikh yang lebih sesuai.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, permohonan itu dibuat susulan perkembangan terkini membabitkan keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, PN telah menghantar surat rasmi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi memohon penangguhan sidang berkenaan.

“Surat permohonan itu telah diterima secara rasmi oleh pihak pejabat beliau pada hari ini, 10 Ogos 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata, memandangkan isu Tabung Haji merupakan perkara penting yang melibatkan kepentingan awam, PN berpandangan pembentangan laporan RCI itu wajar dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri.

Katanya, perkara berkenaan lebih signifikan kerana Perdana Menteri sendiri pernah membangkitkannya kepada pengetahuan umum ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sedangkan laporan RCI tersebut telah tersedia sejak beberapa tahun lalu.

“Justeru, kehadiran Perdana Menteri sendiri di Dewan Rakyat untuk membentangkan dan memberikan penjelasan berhubung laporan RCI ini adalah amat signifikan.

“Ia bukan sahaja penting dari sudut ketelusan dan akauntabiliti, malah wajar bagi memastikan rakyat mendapat penjelasan yang menyeluruh dan komprehensif mengenai perkara yang pernah dibangkitkan oleh YAB Perdana Menteri sendiri sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, PN turut mendoakan agar Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri II dikurniakan kesembuhan segera supaya dapat kembali bertugas seperti biasa. – MYNEWSHUB

Tags: BentangDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Takiyuddin HassanParlimenPerdana Menteriperikatan nasionalPNRCISidang KhasTabung HajitangguhTH
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd