AMPANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun selepas mencuri coklat bernilai RM39 di sebuah pasar raya di di Spectrum Ampang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, anggota unit peronda polis (MPV) yang menerima maklumat berhubung kejadian kecurian itu bergegas ke lokasi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima maklumat berhubung kecurian di pasar raya semasa anggota MPV Balai Polis Ampang menjalankan rondaan cegah jenayah.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas berjumpa dengan pengadu, seorang lelaki tempatan dan menyerahkan suspek.
“Anggota bertugas memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa, dan meminta suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri untuk tujuan pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek, tidak mempunyai apa-apa barang salah dan merampas barangan curi terbabit,” katanya kepada Harian Metro hari ini.
Beliau berkata, suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Ampang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.
BHonline-


