• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional (BN) ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menyentuh hati ramai selepas dikongsikan di media sosial.

Tanpa khemah, tanpa lautan penyokong dan tanpa sorakan, lelaki itu hanya berdiri seorang diri demi menyatakan sokongan kepada parti yang diyakininya.

Gambar tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai netizen menyifatkan pengorbanan kecil itu sebenarnya membawa makna yang cukup besar.

Seorang pengguna Facebook, Hanim Mohamed mendedahkan lelaki berkenaan bukanlah jentera di Pusat Daerah Mengundi (PDM) mahupun ahli jawatankuasa UMNO cawangan.

Menurutnya, lelaki yang dikenalinya tersebut berkempen atas kerelaan sendiri, tanpa arahan daripada sesiapa.

“Dia seorang insan yang berjiwa besar, demi sayangkan agama, bangsa dan tanah air. Seorang-seorang pun jadi. Terima kasih kita dah menang,” tulisnya, disertai emoji menangis.

Turut meninggalkan komen ialah Suziyana Johari yang mendoakan agar segala pengorbanan “pahlawan yang tidak didendangkan” itu dibalas dengan ganjaran terbaik oleh Allah SWT, manakala Angah Deen pula berpandangan wakil rakyat kawasan berkenaan wajar bertemu lelaki tersebut bagi mengucapkan penghargaan atas jasanya.

Dalam hantarannya, Mohd Razlan mengakui beliau sendiri berasa terharu sebaik melihat gambar berkenaan di Threads selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Katanya, walaupun usaha lelaki itu mungkin kelihatan kecil pada pandangan sesetengah pihak, hakikatnya setiap undi dan setiap kemenangan bermula daripada keikhlasan insan-insan biasa yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan sebarang balasan. – MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalBNGambar tularkempenlelakiNetizenPRN Johorsendiriantepi jalanTerharu
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd