• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian 2 Penuntut Di Kondominium: Polis Siasat Elemen Buli

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Kematian 2 Penuntut Di Kondominium: Polis Siasat Elemen Buli
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Polis menyiasat kemungkinan wujud elemen buli berhubung kematian dua penuntut sebuah kolej swasta dalam kejadian berasingan di sebuah kondominium sama di Taman Melati, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua pelajar masing-masing adalah penuntut lelaki berusia 21 tahun dan wanita berusia 22 tahun di sebuah kolej swasta yang sama.

“Saya ingin memaklumkan berkenaan dua kejadian laporan kematian mengejut (SDR) yang berlaku pada 20 Ogos, hari Rabu lalu.

“Kejadian pertama pada jam 6.48 pagi, membabitkan seorang wanita berusia 22 tahun yang terjatuh dari tingkat 22 dan ditemui di tingkat lapan kondominium berkenaan.

“Kejadian kedua berlaku pada 9.35 malam di kondominium sama membabitkan seorang lelaki berusia 21 tahun yang terjatuh daripada tingkat 35,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kedua ditemui di bahagian belakang blok A di kondominium terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan bagi melihat sama ada wujud kaitan dengan kesalahan buli di dalam atau luar talian yang mungkin berkaitan dengan kejadian SDR ini.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan, pihak polis sedang berusaha mendapatkan semua bukti, termasuk menanti laporan (penuh) bedah siasat yang dijalankan,” katanya.

Fadil berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dengan mengambil kira semua faktor berkaitan kedua-dua kes berkenaan.

Katanya, kedua-dua mangsa dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan punca kematian disahkan akibat pelbagai kecederaan kerana jatuh dari tempat tinggi.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah ditemui dan kematian diklasifikasikan sebagai SDR namun siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: buliKematian 2 Penuntut Di Kondominiumpolissiasat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

19/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd