SEREMBAN – Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman hari ini.
Memetik laporan media, proses mengambil keterangan oleh pihak polis Bukit Aman tersebut dilakukan di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di sini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan turut hadir pada sesi merakam keterangan yang bermula pukul 11 pagi tersebut.
Media melaporkan, rakaman keterangan itu dipercayai berkaitan krisis pemerintahan Negeri Sembilan selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menarik balik pelantikan 10 EXCO berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa usaha menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai biadab dan tidak bertamadun.
Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar pula mendakwa penarikan balik pelantikan EXCO berkenaan oleh Tuanku Muhriz yang tujuh daripadanya daripada UMNO adalah sah. – MYNEWSHUB


