• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Kenyataan MCMC memaklumkan, rakaman keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor hari ini selain menyita tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan.

Menurut MCMC, kandungan video itu dipercayai bersifat jelik melampau dan mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tinjauan Bernama di platform TikTok mendapati video berdurasi hampir dua minit itu, yang dimuat naik oleh beberapa pemilik akaun, memaparkan tiga remaja lelaki dipercayai memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan yang tidur di kaki lima.

BHonline-

Tags: gelandanganMCMCRakam KeteranganSisa Makanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

30/10/2026
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus terhadap MajuBina Resources Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar...

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

12/10/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang disunting...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd