• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMK13: Kerajaan Teruskan Insiastif STR, SARA

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
RMK13: Kerajaan Teruskan Insiastif STR, SARA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Inisiatif bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), iaitu pelan negara untuk lima tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Payung Rahmah juga akan dipergiat melalui program-program utama seperti Jualan Rahmah, Menu dan Kafe Rahmah serta Bakul Rahmah yang membolehkan akses kepada makanan dengan harga berpatutan.

“Selain itu, Pakej Rahmah untuk perkhidmatan internet serta insurans dan takaful yang lebih mampu dibayar juga diteruskan.

“Kerajaan juga terus memastikan kos pengangkutan awam yang berpatutan. Pas perjalanan bulanan dan pas perjalanan khas kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) serta program subsidi tiket penerbangan udara kepada pelajar akan diteruskan,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam masa sama, Anwar berkata, bagi memperkasa sistem sosial berteraskan insan madani, program seperti Kembara Perpaduan Malaysia akan diteruskan untuk mendekatkan masyarakat berbilang latar melalui pendidikan nilai dan dialog terbuka rentas budaya.

“Manakala, Piagam Harmoni Malaysia akan dibangunkan sebagai panduan utama bagi perhubungan dan keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia.

“Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut dilaksanakan dengan pembaharuan yang selari kehendak semasa. Identiti nasional akan diperkuat, bukan dengan paksaan, tetapi melalui kefahaman dan semangat kebersamaan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: KerajaanRMKSARASTR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - “Ada orang tanya aku, kenapa Dato’ Sri Najib dah bayar denda pun masih tak boleh balik rumah?...

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd