• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMK13: Kerajaan Peruntukkan RM611 Bilion, RM430 Bilion Babit Dana Kerajaan

oleh Mohd Arshad
31/07/2025
dalam Terkini
0
RMK13: Kerajaan Peruntukkan RM611 Bilion, RM430 Bilion Babit Dana Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kerajaan memperuntukkan RM611 bilion untuk menjayakan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dengan RM430 bilion membabitkan dana kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga memerlukan pembiayaan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berjumlah RM120 bilion dengan sokongan pihak swasta pula, melalui kaedah perkongsian awam swasta (PPP) sebanyak RM61 bilion.

“Daripada peruntukan RM430 bilion ini, lebih daripada separuh iaitu RM227 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi sebagai tunjang utama pertumbuhan negara.

“Sektor sosial turut diberi keutamaan iaitu RM133 bilion diperuntukkan dengan sektor pendidikan menerima RM67 bilion, manakala sektor kesihatan diperuntukkan RM39 bilion,” katanya pada pembentangan RMK13 bertemakan Aspirasi Ekonomi Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, dengan ikhtiar itu menjelang 2030, negara bukan sekadar memiliki pencapaian material yang hebat dan mampu mengeluarkan produk bernilai tinggi, malah juga mempunyai rakyat yang berjiwa besar, hidup bersatu padu, saling menghormati kepelbagaian budaya dan memiliki jati diri yang utuh.

“Inilah impian Malaysia MADANI, RMK13 harus menjadi milik semua, setiap individu, masyarakat, sektor swasta dan kerajaan berganding bahu dan teguh bergerak di landasan pembangunan yang dihasratkan demi mengangkat darjat, harkat dan martabat rakyat,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, lima tahun mendatang adalah tempoh kritikal untuk Malaysia melonjak bukan hanya ke arah negara berpendapatan tinggi, malah mampu melahirkan rakyat berjiwa insaniah dan menyediakan kehidupan berkualiti.

Anwar berkata, RMK13 akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dengan tema Melakar Semula Pembangunan demi mengangkat martabat rakyat.

“Ikhtiar ini bukan untuk kita semata, tapi yang lebih utama, buat generasi yang akan mewarisi tanah air ini.

“Menyedari cabaran trend mega dan isu kelemahan struktur ekonomi, maka asas ekonomi Malaysia perlu dirungkai semula. Ekonomi negara tidak boleh hanya bergantung kepada pengeluaran bahan asas dalam sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Kita perlu melonjakkan kerencaman ekonomi dengan beralih kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi.

“Kemajuan ekonomi ini tidak akan lengkap dan mungkin pincang jika meninggalkan aspek kerohanian dan nilai insaniah. Kedua-duanya adalah peri penting untuk membentuk sebuah sistem sosial negara yang lebih baik dan terangkum ke arah menjadi negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah serta disegani,” katanya.

Katanya, bagi menggapai hasrat itu, RMK13 akan menumpukan kepada tiga kebijakan utama.

“Pertama tatakelola baik menjadi paksi kepada pentadbiran negara dalam memastikan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama serta mengambil kira keperluan rakyat.

“Kerajaan MADANI akan meneruskan usaha untuk memperkukuh integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan pengurusan fiskal,” katanya.

Menurutnya, kedua meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi.

“Peralihan ini bermatlamat untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara, umpama menaikkan siling atau bumbung. Tunjang utama peralihan ini adalah pendigitalan dan teknologi termaju, terutama kecerdasan buatan (AI).

“Penekanan akan diberikan kepada pembangunan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dan sektor strategik yang bernilai tinggi, pertumbuhan yang terangkum, mampan dan seimbang, serta pengukuhan kedudukan Malaysia di persada ekonomi dunia.

“Justeru, budaya mencipta menjadi agenda terpenting dalam melonjakkan penghasilan produk dan perkhidmatan tempatan yang berdaya saing,” katanya.

Katanya, faktor ketiga, pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk meningkatkan darjat kehidupan rakyat.

“Usaha akan dipergiatkan untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup, membentuk sistem sosial negara berteraskan insan MADANI, mempertingkatkan mutu kehidupan serta memperkukuh tahap sosio ekonomi golongan sasar ke arah mencapai kehidupan wajar.

“Rencana ini bukan sekadar retorik, sebaliknya kerajaan menetapkan sasaran keberhasilan yang boleh diukur melalui angka-angka ekonomi, untuk memandu dan memantau gerak kerja yang akan dilaksanakan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: dana kerajaanKerajaanRM13
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd