• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

oleh Mohd Arshad
09/07/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR: Polis merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan pengayuh basikal disyaki menghalang laluan bas, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata empat individu itu membabitkan seorang pemandu bas dan tiga pengayuh basikal.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun yang juga wakil kumpulan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor jam 3.29 petang semalam untuk membuat laporan.

“Dia hadir sendiri selepas dihubungi Pegawai Penyiasat Kes,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Azaharudin turut memaklumkan pemandu bas juga sudah membuat laporan, kelmarin.

“Sehingga kini siasatan masih berjalan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kejadian berlaku di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, arah ke Sungai Buloh selepas lampu isyarat Batu Arang, di sini.

Insiden terjadi ketika kumpulan terbabit yang menghala ke Sungai Buloh, mengayuh dalam kelompok besar di sebelah kiri jalan dan menghalang laluan bas.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 42 (3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara berasingan.

BHonline-

Tags: kes pengayuh basikalRakam Keterangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kita Sudah Rakam Keterangan 4 Pelajar Yang Bersama Mangsa Sebelum Dia Terjatuh Dari Asrama Di Tingkat Tiga’ – Polis

‘Kita Sudah Rakam Keterangan 4 Pelajar Yang Bersama Mangsa Sebelum Dia Terjatuh Dari Asrama Di Tingkat Tiga’ – Polis

26/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah memanggil dan merakam keterangan empat saksi yang juga rakan kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang parah...

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd