• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kita Sudah Rakam Keterangan 4 Pelajar Yang Bersama Mangsa Sebelum Dia Terjatuh Dari Asrama Di Tingkat Tiga’ – Polis

oleh Mohd Arshad
26/08/2025
dalam Terkini
0
‘Kita Sudah Rakam Keterangan 4 Pelajar Yang Bersama Mangsa Sebelum Dia Terjatuh Dari Asrama Di Tingkat Tiga’ – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis sudah memanggil dan merakam keterangan empat saksi yang juga rakan kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang parah akibat terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata keterangan saksi yang juga pelajar lelaki sekolah itu penting bagi mengetahui kejadian berkenaan kerana mereka berada bersama mangsa sebelum tragedi malang itu berlaku.

Beliau berkata, berdasarkan dapatan awal diperoleh, dipercayai kejadian pelajar itu terjatuh bukan bersifat buli, namun siasatan lanjut polis masih diteruskan bagi memastikan keadilan.

“Kita sudah memanggil empat pelajar yang juga rakan yang ada bersama-sama mangsa sebelum dia terjatuh.

“Maklumat yang diperoleh setakat ini dipercayai ia bukan bersifat buli, tetapi kita akan melakukan siasatan lanjut demi memberi keadilan kepada semua pihak,” katanya kepada BH hari ini.

Dalam kejadian jam 2 pagi tadi, mangsa yang parah selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Remaja berusia 15 tahun itu baru selesai menjalani pembedahan dan ibunya, Siti Muhaini Mohammad Mansor berkata, doktor memaklumkan anaknya ditidurkan dan akan melalui ujian pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT).

Terdahulu, Shazeli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama dan latar belakang sosial mangsa serta rakan sekelilingnya.

Susulan itu, Shazeli berkata, polis sedang mengumpulkan keterangan daripada saksi dan individu berkaitan, serta mahu spekulasi berhubung punca kejadian termasuk dakwaan wujud unsur buli terlalu awal untuk disahkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam laporan berasingan pula berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.

Beliau berkata, pada masa sama, pengetua, penolong kanan hal ehwal murid dan semua warden sekolah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga proses siasatan selesai.

BHonline-

Tags: pelajar tingkatan tigaRakam Keteranganterjatuh asrama
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama: Hala Tuju Siasatan Polis Semakin Jelas

Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama: Hala Tuju Siasatan Polis Semakin Jelas

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung insiden pelajar Tingkatan Tiga jatuh dari tingkat tiga sebuah asrama sekolah di Sabak Bernam kini berada...

Pelajar Jatuh Dari Tingkat Tiga Asrama Sekolah Masih Belum Sedar – KP Selangor

Pelajar Jatuh Dari Tingkat Tiga Asrama Sekolah Masih Belum Sedar – KP Selangor

28/08/2025
0

SHAH ALAM: Pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd