• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

oleh Mohd Arshad
03/07/2025
dalam Jenayah
0
Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan membunuh rakan serumahnya, dipercayai gara-gara bilik bersepah, minggu lalu.

Faisal Abdul Aziz, 41, yang memakai baju T berwarna putih, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Muhammad Fakhrullah Pauzihal Ali, 33, di sebuah rumah di Kampung Batu Gajah Sungai Pelong, Sungai Buloh pada jam 11.26 malam, 25 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan sekiranya tidak dihukum gantung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aliaanisa Khairus Masnan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Oktober depan untuk sebutan laporan kimia dan patologi.

Pada 27 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan, pertengkaran kerana bilik bersepah dipercayai punca pergaduhan dua sekawan hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut ditikam dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kedua-dua lelaki itu tiba bersama dari Kelantan, sebelum kejadian terbabit berlaku.

SinarHarian-

Tags: bunuhPenganggurrakan sebilik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd