• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berhak Tolak Nick Adams Sebagai Duta Besar AS – KJ

oleh Mohd Arshad
14/07/2025
dalam Terkini
0
Malaysia Berhak Tolak Nick Adams Sebagai Duta Besar AS – KJ
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Malaysia mempunyai kuasa penuh untuk menolak pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke negara ini, kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO itu, tindakan berkenaan selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna yang memperuntukkan hak kepada negara penerima untuk tidak menerima calon duta tanpa perlu memberikan sebarang alasan rasmi.

“Kini terpulang kepada Wisma Putra,” katanya ringkas menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.

Artikel 4 Konvensyen Vienna menyebut bahawa sesebuah negara tidak boleh menghantar wakil diplomatik tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan negara tuan rumah.

Khairy turut menyatakan sokongan terhadap gesaan orang ramai agar kerajaan menolak pencalonan Adams yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump pada 11 Julai lalu.

Adams, 40, yang berketurunan Australia-Amerika, merupakan seorang pempengaruh media sosial, penulis, dan individu yang menggelarkan dirinya sebagai “Alpha Male”.

Nama beliau dicalonkan Trump untuk menggantikan Edgard Kagan, diplomat yang dilantik semasa era pentadbiran Joe Biden pada Mei 2023.

Namun, watak dan latar belakang Adams mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia apabila rekod lalu menunjukkan beliau pernah membuat kenyataan bersifat Islamofobia, menyokong Zionisme dan mempromosi gaya hidup berdasarkan stereotaip maskuliniti keterlaluan.

Khairy turut memuat naik satu hantaran lama oleh Adams, yang mendakwa dirinya berjaya menyebabkan seorang pelayan restoran dipecat hanya kerana memakai lencana ‘Free Palestine’.

Sekiranya pencalonan Adams diluluskan oleh Dewan Senat AS, Malaysia masih mempunyai ruang diplomatik untuk menyuarakan penolakan secara rasmi.

Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik antarabangsa mengakui langkah sedemikian berisiko mencetuskan ketegangan hubungan dua hala, khususnya dalam konteks dasar luar agresif Trump yang sebelum ini pernah menyasarkan Malaysia dalam perang tarifnya.

Untuk rekod, minggu lalu Trump mengumumkan peningkatan tarif ke atas Malaysia daripada 24 peratus kepada 25 peratus, mencerminkan dasar perlindungan ekonomi yang lebih ketat terhadap negara-negara membangun.

-Sinar Harian

Tags: Duta besar ASKJMalaysiaNick Adams
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan satu cadangan pembangunan National Combat Unmanned Aircraft System (UAS)...

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerangan Malaysia menafikan dakwaan diesel dari Malaysia dieksport ke Filipina. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, urusan jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd