• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

oleh Mohd Arshad
27/06/2025
dalam Terkini
0
Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang berlandaskan nilai Islam sejati.

Seruan itu dizahirkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam titah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, di sini, pada Jumaat.

Titah berkenaan disampaikan oleh putera baginda, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam titah tersebut baginda menyeru agar umat Islam berusaha menjadi ummah yang sejati bertepatan dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Membangun Ummah Madani’.

“Beta menyeru agar umat Islam mengambil semangat hijrah ini untuk memperbaiki diri, rohani dan jasmani, memperkukuh institusi keluarga dan masyarakat serta memperelokkan hubungan dengan ALLAH SWT.

“Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, bermaksud, ‘Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh ALLAH’,” titah baginda.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sultan Mizan turut menzahirkan harapan agar sambutan Maal Hijrah dijadikan detik muhasabah diri khususnya buat golongan belia sebagai pewaris masa depan negara.

“Beta menyeru agar belia Muslim menjadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk melakukan anjakan diri secara menyeluruh daripada kelemahan kepada kekuatan, kejahilan kepada keilmuan serta daripada kelesuan kepada kesungguhan dalam membina ummah yang cemerlang,” titah baginda.

Pada majlis tersebut, Tengku Muhammad Ismail turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada Pakar Perunding Nefrologi di Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Ghazali Ahmad sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa beliau.

SinarHarian-

Tags: Maal Hijrahumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor  RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid melahirkan rasa syukur kutipan...

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd