• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

oleh Mohd Arshad
01/06/2025
dalam Politik
0
Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan memohon menyertai PKR mampu membuka pintu yang sukar dijangka pada masa hadapan oleh Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, ketika Kerajaan Perpaduan dibentuk, tidak ada draf atau muktamad di dalam perjanjian yang menyatakan boleh mengambil ahli daripada parti lain.

“Jadi bila perkara ini berlaku, saya rasa pandangan atau kritikan UMNO adalah munasabah dan perlu diambil kira keseluruhan pimpinan di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pandangan UMNO itu adalah dari perspektif untuk mengekalkan keharmonian sesama parti.

“Jadi saya rasa, perkara ini akhirnya akan dibincangkan di peringkat Kerajaan Perpaduan kerana perkara ini adalah sesuatu yang belum dimuktamadkan,” katanya ketika merasmikan penutup Karnival Belia Madani 2.0 Parlimen Pandan, di sini, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyatakan UMNO memandang serius niat peletakan jawatan yang dimaklumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menerusi hantaran di Facebook, Jumaat lalu.

Jelasnya, amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

Sementara itu, ditanya jika Rafizi ada menerima tawaran untuk menyertai parti lain, beliau menegaskan tidak berminat untuk menyertainya.

“Saya tak baca sebarang mesej di telefon dan tiada aplikasi WhatsApp. Semua pimpinan parti tahu perkara ini.

“Nurul Izzah Anwar juga pernah berjumpa saya dan nak tawarkan Timbalan Presiden lantikan, namun saya tidak berminat dalam apa-apa juga jawatan.

“Ini bukan soal jawatan, tetapi mesej dan perjuangan yang kita nak bawa,” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi dan sedang bercuti sehingga 16 Jun ini, berkata beliau akan kekal sebagai Ahli Parlimen kerana ini adalah mandat daripada rakyat dan keputusan itu perlu dihormati.

“Sama juga pembabitan dalam parti kerana yang memberi mandat adalah Cabang Pandan, jadi saya perlu hormati dua mandat itu,” katanya.

BHonline-

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui beliau sering menjadi sasaran pelbagai sindiran dan gelaran seperti 'raja formula', 'merajuk'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd