• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Itu Adalah Rakaman Lama – Norhizam Tuntut Permohonan Maaf

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Video Itu Adalah Rakaman Lama – Norhizam Tuntut Permohonan Maaf
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dilaporkan menjelaskan rakaman video tular yang didakwa membabitkan dirinya dan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah rakaman video lama.

Sehubungan itu, beliau memberi tempoh 24 jam kepada pihak yang menyebarkan rakaman video tular memaparkan insiden tersebut supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Video itu adalah rakaman lama. Saya beri tempoh 24 jam kepada pihak yang menyebarkannya untuk memohon maaf secara terbuka menerusi media sosial.

“Jika mereka tidak berbuat demikian, saya akan mengadakan sidang media dan membuat laporan polis,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon BERSATU bagi DUN Pengkalan Batu dengan anggota penguat kuasa PBT tular di media sosial hari ini.

Bagaimanapun, identiti sebenar lelaki dalam rakaman, tarikh kejadian serta dakwaan berhubung tindakan menyiram air dan pelanggaran arahan PBT belum dapat disahkan secara bebas. – MYNEWSHUB

Sumber Foto: Akaun Media Sosial Norhizam Hassan Baktee

 

Tags: Norhizampermohonan maafRakaman LamaTuntutVideo Itu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd